BAHAGIAN 3

ASAS PENTING FOREX

Tuesday, March 31, 2009

BID, ASK, DAN SPREAD


• ASK


- ASK adalah harga yang dealer/broker akan tawarkan kepada kita untuk mereka menjual matawang base sebagai tukaran kepada matawang quote.

- ASK bermakna harga untuk kita BUY sesuatu matawang.

• BID

- BID adalah harga yang dealer/broker sanggup tawarkan untuk membeli matawang base sebagai tukaran kepada matawang quote.

- Bid bermakna harga untuk kita SELL sesuatu matawang.

• SPREAD

- Spread adalah perbezaan antara Bid dan Ask.

- Spread ini adalah keuntungan yang diambil oleh broker atas perkhidmatan yang mereka berikan kepada trader.

- Spread ini diambil ‘siap-siap’ oleh broker semasa trader memasuki market. Ini menyebabkan baki akaun trader akan bermula dengan ‘negatif’ semasa mula-mula membuka position BUY atau SELL. Namun, baki ini akan menjadi positif semula jika trader mengalami keuntungan.

- Nilai spread ini adalah berbeza antara pair. Dan ia juga berbeza antara broker.

MARGIN DAN MARGIN CALL

- MARGIN adalah modal yang anda sendiri keluarkan untuk melakukan urusniaga. Tanpa margin, anda tidak boleh melakukan apa-apa transaksi sekali pun.

- Margin yang anda keluarkan untuk urusniaga adalah sebahagian daripada kesemua modal yang anda miliki.

- Jumlah margin yang dikeluarkan adalah mengikut leverage yang anda pilih. Semakin tinggi leverage yang anda pilih, maka semakin sedikit jumlah margin yang anda perlu keluarkan.

- Contohnya anda memiliki modal sebanyak USD100, dan leverage yang dipilih adalah 1:200. Untuk membeli satu lot mikro GBP/USD (USD10 000), anda perlu mengeluarkan margin sebanyak USD50 dan broker akan mengeluarkan selebihnya. (Jika anda memilih leverage 1:500, anda hanya keluarkan USD10 dan broker akan pinjamkan 500 kali ganda)

- Jadi, baki modal anda setelah ditolak margin yang anda keluarkan tadi adalah sebanyak USD50 dipanggil ‘FREE MARGIN’.

- Free margin ini berfungsi untuk menampung akaun anda sekiranya berlaku kerugian, dan juga boleh digunakan untuk melakukan transaksi lain.

- Sekiranya Free Margin ini semakin ‘surut’ kerana berlaku kerugian, sehingga free margin tersebut menghampiri ‘0’, maka anda akan mengalami MARGIN CALL, iaitu anda perlu menambah modal anda bagi memastikan akaun anda mempunyai modal.

- Apabila berlaku Margin Call, segala transaksi anda akan di tutup secara automatic oleh broker bagi mengelakkan akaun anda berbaki negative.

LEVERAGE

- Dalam kata mudahnya, Leverage ini adalah pinjaman yang diberikan oleh broker kepada trader untuk melakukan aktiviti dagangan.

- Bayangkan satu lot mikro memerlukan modal sebanyak USD10 000. Hanya trader-trader yang mempunyai modal besar sahaja dapat mencium bau Forex ini.

- Bagi membolehkan trader kecil-kecilan seperti kita mengambil bahagian, maka broker menawarkan ‘LEVERAGE’.

- Trader bebas memilih saiz leverage yang dikehendaki seperti 1 : 50, 1:100, 1:200, 1:400, atau 1:500. Ada juga nisbah lain yang ditawarkan mengikut broker.

- Jika anda memilih leverage 1:200, bermakna anda hanya mengeluarkan 1 bahagian sahaja manakala broker akan meminjamkan 200 kali ganda lagi sebagai modal anda melakukan trade.

- Contoh: Untuk membeli 1 lot mikro GBP/USD dengan leverage 1:200, anda hanya perlu mengeluarkan modal (margin) anda sebanyak USD 50 sahaja dan broker akan memberi pinjaman 200 kali ganda bagi membolehkan modal anda berjumlah USD10 000 untuk melakukan urusniaga tersebut.

LOTS

- Bayangkan jika anda tidak melakukan dagangan dengan menggunakan LOT. Anda hanya akan memperoleh keuntungan sebanyak 0.0001 sahaja untuk setiap pips bagi pair EUR/JPY. Kalau begini, anda perlu mendapat 4000pips untuk memdapat USD1. Dapatkah anda bersabar??

Tentu tidak akan ada sesiapa yang ingin bermain dengan Forex jika keadaan ini berlaku. Jadi? Apa penyelesaiannya??

- Penyelesaiannya adalah anda perlu bermain dengan LOTS.

- Pada waktu ini, jumlah LOTS adalah berbeza mengikut akaun yang kita pilih. Dan ia juga berbeza mengikut broker. Jika mengikut broker pilihan saya iaitu IKOFX, 1 lot mikro adalah bersamaan dengan USD 1. Anda boleh memilih untuk menentukan saiz lot anda sendiri daripada 0.01 (1 sen) sehingga maksimum 8.00 (USD 8).

- 1 lot mikro (mengikut IKOfx) adalah bersamaan USD10 000.

- Jadi jika anda membeli 1 lot EUR/USD, pengiraannya adalah 0.0001 (nilai 1 pips) darabkan dengan USD 10 000. Maka, 0.0001 x USD 10 000 = USD 1.00.

* ini adalah pengiraan untuk 1 lot mikro, untuk lot standart, kebanyakan broker meletakkan nilai 1 lot adalah bersamaan USD100 000 (saiz lot 1.00 = USD10).

PIPS

- Perpuluhan (decimal) terkecil dalam sebutan sesuatu harga.

- Pips mengira pergerakan harga sesuatu pair.

- Katakan harga bergerak dari 1.3455 ke 1.3460 maka kita katakan harga telah bergerak sebanyak 5 pips (naik).

- Pips adalah penting untuk mengira keuntungan atau kerugian kerana kerugian dan keuntungan adalah dikira berdasarkan pergerakan pips.

PENGIRAAN NILAI PIPS

Terdapat dua bentuk pengiraan nilai pips ini iaitu:

- Apabila USD adalah matawang Base:

- Contoh USD/JPY:

- Katakan USD/JPY = 119.80 (dua titik perpuluhan sahaja)

Dalam kes USD/JPY ini, satu pip adalah 0.01


Maka,pengiraannya:

USD/JPY = 119.80

0.01 di bahagi dengan harga semasa, maka anda akan dapat nilai satu pips tersebut.

0.01 / 119.80 = 0.0000834

- Jadi 0.0000834 adalah nilai bagi satu pips USD/JPY. Jika dilihat disini, nilainya adalah terlalu kecil. Tidak sampai satu sen pun. Jadi bagaimana hendak membuat keuntungan dengan nilai pips yang kecil ini?. Kita akan lihat peranan LOTS kemudian.

• USD sebagai matawang Quote.

- Pengiraan nilai pips bagi pair yang melibatkan USD sebagai matawang quote adalah berbeza sedikit. Kerana nilai yang kita dapat pada mulanya adalah disebut dalam sebutan matawang base.

- Jadi kita menambah satu lagi step dalam pemgiraannya iaitu kita perlu menukar semula nilai matawang tersebut ke dalam USD.


Contoh:

- EUR/USD = 1.2200. --> exchange rate

- 0.0001 di bahagi dengan harga semasa maka akan dapat nilai pips

- 0.0001 / 1.2200 = 0.00008196 (tetapi ini adalah nilai pip dalam sebutan EUR)

- maka untuk mengetahui nilai pips dalam sebutan USD (kerana untung dan rugi Forex mesti dalam USD), kita perlu menambahkan satu lagi step, iaitu:

EUR x Exchange rate

- Jadi, 0.00008196 x 1.2200 = 0.00009999 (kita bundarkan menjadi 0.0001).
Maka nilai satu pips bagi EUR/USD adalah 0.0001. Juga memerlukan bantuan LOTS untuk membuat nilai ini menjadi besar.


***ANDA TIDAK PERLU MEMBUAT PENGIRAAN INI KERANA BROKER AKAN MELAKUKANNYA SECARA AUTOMATIK UNTUK ANDA. TERDAPAT PERBEZAAN NILAI PIPS ANTARA SATU BROKER DENGAN BROKER LAIN, TETAPI TIDAKLAH BEGITU KETARA DAN KEBANYAKANNYA ADALAH SAMA.